Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Masyarakat mula sedar pentingnya CPR

ANGGOTA APM menunjukkan cara-cara menangkap ular sawa kepada pengamal
ANGGOTA APM menunjukkan cara-cara menangkap ular sawa kepada pengamal media dalam sesi latihan Sempena Program Latihan Kesiapsiagaan Pertahanan Awam Johor Bersama Media di Pejabat Daerah Pertahanan Awam, Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 20 April – Kese­daran masyarakat khususnya warga bandar raya ini untuk mendalami pertolongan kecemasan asas seperti bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Johor Bahru, Kapten (PA) Mohd. Aziz Jupri berkata, pihaknya menjalankan sekurang-kurangnya 12 latihan asas sebulan bersama orang awam, pelajar sekolah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor awam dan juga swasta.

Katanya, usaha itu bertujuan mendidik masyarakat selain me­ningkatkan pengetahuan mereka tentang teknik pertolongan kecemasan awal yang boleh diberikan kepada mangsa.

“Agensi Pertahanan Awam (APM) sudah lama menganjurkan program pertolongan kecemasan asas ini dan kita dapati Program Latihan Menghadapi Kecemasan dan Bencana yang dianjurkan semakin mendapat sambutan daripada masyarakat.

“Antara aktiviti yang dijalankan sempena program itu adalah mengajar teknik asas melakukan CPR, memadamkan kebakaran kecil dan memberi pertolongan asas kepada mangsa kemala­ngan,” katanya sempena program Latihan Kesiapsiagaan Pertahanan Awam Johor Bersama Media di sini semalam.

Sempena program itu, seramai 12 pengamal media diberikan penerangan dan latihan CPR, pengendalian binatang berbisa dan juga asas menyelamat.

Mohd. Aziz berkata, pertolo­ngan kecemasan awal seperti CPR yang dilakukan kepada mereka yang mahir melakukannya mampu menyelamatkan nyawa seseorang sebelum bantuan daripada mempunyai kepakaran tiba.

Justeru, pihaknya akan terus menjalankan program sama dari masa ke semasa dan mengalu-alukan penglibatan lebih banyak pihak untuk mengikuti latihan seumpama itu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain