Pakar Psikologi Klinikal Mercy Malaysia, Dr. Azlina Roszy Mohd. Gaffar berkata, sindrom itu menyebabkan mereka yang mengalami masalah kesihatan sebelum ini menjadi lebih teruk setelah diserang rasa panik.

Katanya, seramai lima pakar dalam bidang psikososial dikerahkan ke pusat rawatan awal pagi ini bagi membantu orang ramai yang mengalami sindrom tersebut.

“Kerajaan telah melakukan kerja pembersihan dan sebagainya, jadi kita jangka kes ini akan berkurangan tetapi yang menghairankan ia semakin bertambah semalam.

“Memang ada kes yang dirujuk benar-benar serius tapi jumlahnya adalah sedikit sangat berbanding mereka yang mengalami sindrom keresahan ini,” katanya ketika ditemui di pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), di sini sebentar tadi.

Azlina memberitahu, dalam keadaan cemas seperti itu membolehkan seseorang diserang panik dengan mudah apabila terdengar berita buruk di kawasan sekeliling serta tidak cukup tidur. - UTUSAN ONLINE