Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, pengetahuan serta ilmu yang dimiliki mereka boleh digunakan bagi melakukan aktiviti kemasyarakatan.

Beliau berkata, penubuhan persatuan mahasiswa merupakan langkah yang tepat sebagai tenaga penggerak bagi mengumpul dan mendapatkan maklumat seberapa ramai golongan mahasiswa di Pontian.

“Daerah Pontian yang te­lah me­­­­la­hirkan ramai golongan cer­dik pandai dan ilmuan boleh dijadikan ikon atau contoh kepada generasi muda akan datang ter­utamanya yang baru menjejakan kaki ke universiti.

“Diharapkan persatuan dapat mengumpul dan mendokumentasikan mereka yang telah berjaya dalam pelbagai bidang bagi rujukan dan panduan untuk masa depan,” katanya pada maj­lis Apresisasi Mahasiswa Baharu UMNO Bahagian Pontian di Rumah Citra Sri Pinang, di sini semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Johor, Muhammad Badrul Amin Bohari merangkap Penasihat Persatuan Mahasiswa Anak Pontian; Pengerusi Persatuan Mahasiswa Anak Pontian, Arif Naim Rosman dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Muhd. Helmi Buang.

Pada majlis tersebut, Hasni turut menyampaikan sumbangan kepada 38 penuntut yang akan menyambung pengajian mereka universiti awam pada bulan ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian menambah, golongan muda perlu membantu menjayakan dasar-dasar kerajaan menerusi keadah dan tindakan yang sesuai.

“Ini bertepatan dengan usaha dilakukan oleh kerajaan negeri yang turut mengambil kira peranan orang muda dalam membuat dasar dan keputusan agar mereka turut terlibat sama,” katanya.