SHAFIEI AHMAD
SHAFIEI AHMAD

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Shafiei Ahamad berkata, pihaknya telah mengenakan tindakan kompaun kepada pemilik haiwan tersebut kerana tidak memperbaharui lesen itu.

“Tindakan kompaun sudah dikenakan kepada pemilik haiwan berkenaan dan anjing terbabit juga sudah diletakkan di tempat lain oleh pemiliknya.

“Walaupun haiwan terbabit sudah tiada di tempat kejadian, MPBP tetap meneruskan pemantauan di kawasan itu serta di tempat-tempat lain,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Menurut Shafiei, anjing terbabit merupakan haiwan peliharaan yang mempunyai lesen pemilikan sah tetapi pemilik haiwan berkenaan meletakkan anjing terbabit di kawasan yang tidak bersesuaian.

Hari ini, akhbar melaporkan seorang kanak-kanak, Ainin Syuhadah Syahrul Nizam, 2, cedera parah di kepala akibat digigit haiwan itu dan menerima beberapa jahitan termasuk di telinga. -UTUSAN ONLINE