Itu yang diakui oleh bekas pelatih ABM Wilayah Selatan, Muhamad Kamarularifin Nasharudin, 22, yang merupakan salah seorang penerima Anugerah Pelajar Cemerlang sempena Majlis Graduasi ABM Wilayah Selatan, di sini baru-baru ini.

Beliau yang mengikuti latihan peringkat sijil dalam ‘Building Operator Maintainance’ selama tiga bulan pada tahun lalu kini bekerja sebagai penyelia tapak di sebuah projek di Pengerang, Kota Tinggi dengan gaji pokok RM2,500.

“Tidak dinafikan latihan yang saya peroleh sepanjang di ABM Wilayah Selatan dahulu telah banyak membantu dalam kerjaya saya sekarang,” katanya.

Bagi Mohd. Fahmy Hyeqal Mohd. Fahdilah, 19, yang mengambil Sijil 3G selama dua minggu pada Mac lalu di akademi latihan berkenaan mengambil keputusan untuk melanjutkan pe­ngajian ke peringkat Diploma Kimpalan di Kolej Vokasioanal Batu Pahat.

“Apa yang saya suka di ABM Wilayah Selatan ini, akademi ini sangat menitikbe­ratkan aspek latihan dan kemahiran berbanding teori semata-mata kerana itulah yang amat diperlukan oleh kami.

“Bukan itu sahaja, semua tenaga pe­ngajar juga terlatih dan berpengalaman dalam bidang ma­sing-masing terma­suk yang lahir daripada ABM ini,” katanya.

Jika kebanyakan pelatih akademi latihan itu terdiri daripada lelaki, keadaan itu sedikit pun tidak menghalang Nor Fa­tin Farahana Kosni, 20, untuk mengambil sijil ‘Building Ope­ration Maintainance’.

“Saya tidak kisah de­ngan skeptikal segelintir ma­syarakat, sebaliknya saya mengambil sijil ini kerana minat dalam bidang berkenaan.

“Bagi saya, golongan wanita kini sudah semakin maju dan boleh melakukan pekerjaan yang dilakukan oleh lelaki, begitu juga sebaliknya,” katanya.