Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, kontrak projek tersebut diberikan kepada konsortium dari China, iaitu CRCC CREC CCCC Consortium Sdn. Bhd.

Menurutnya, projek itu sepatutnya bermula pada 1 Januari tahun lalu, namun ekoran beberapa kekangan termasuk reka bentuk dan maklum balas daripada masyarakat setempat, maka Kementerian Pengangkutan memaklumkan akan dimulakan bulan ini.

“Kerja-kerja asas sudah pun bermula, kerja ukur, kerja pengalihan dan pembersihan khususnya di kawasan bandar sudahpun bermula dan kita jangkakan projek ini dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan, iaitu 48 bulan,” katanya selepas melawat salah sebuah jambatan jalan raya yang terlibat dengan projek itu di Jalan Dewata, Larkin di sini sebentar tadi.

Hasni berkata, Kementerian Pengangkutan merupakan agensi pelaksana bagi projek itu dan Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) adalah pegawai penguasa. - UTUSAN ONLINE