Pengurusnya, Azman Md. Rasip berkata, ketika ini pihaknya dalam proses akhir mendapatkan kelulusan menggunakan tanah rizab kerajaan negeri seluas kira-kira 160 hektar di Kota Tinggi untuk ditanam dengan pelbagai klon durian terbaik.

“Apa yang dilakukan oleh pe­ngurusan syarikat ini merupakan salah satu usaha mengembangkan operasi syarikat, selain me­nyahut seruan kerajaan merebut peluang kekayaan baharu dalam bidang pertanian yang terbuka lusa ketika ini.

“Jika semua perancangan berjalan lancar, dalam tempoh lima hingga enam tahun lagi ladang durian tersebut yang ditanam secara berperingkat-peringkat di­­­­­jangka mula mengeluarkan ha­sil bukan sahaja buah-buahan, malah sebagai salah sebuah pusat agro pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Penyampaian Dividen Persekolahan yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Ismail Moha­med, di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, seramai 282 peserta menerima dividen persekolahan sebanyak RM1,500 setiap seorang melibatkan bayaran keseluruhan RM423,000.

Azman memberitahu, selain dividen persekolahan tersebut, peserta juga diberi duit raya sebanyak RM1,500 dan wang bulanan sebanyak RM600 sebelum ini hasil keuntungan syarikat yang melibatkan pembayaran lebih RM2.9 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Beliau yakin syarikat mampu meningkatkan jumlah pengagihan keuntungan bulanan kepada peserta, masing-masing menjadi RM1,100 sebulan serta RM2,200 dividen Hari Raya Aidilfitri dan di­viden persekolahan dalam tempoh tiga tahun akan datang berbanding RM600 dan RM1,500 ketika ini.

“Pihak pengurusan yakin mam­pu melakukannya berda­sarkan per­­tambahan keluasan ladang ke­­lapa sawit yang mengeluarkan hasil ditambah peningkatan pendapatan syarikat menerusi bebe­rapa aktiviti ekonomi lain yang dijalankan oleh syarikat ketika itu.

“Saya harap peserta akan terus memberi kepercayaan kepada barisan ahli lembaga pengarah untuk menguruskan kewangan syarikat dengan meneroka pelbagai bidang baharu,” katanya.