Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kubur Mohamad Thaqif digali semula

kubur-thaqif-digali
DATUK mangsa, Ahmad Motai, 67 sempat menziarahi kubur cucunya selepas ditemuramah mengenai penggalian semula kubur Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi bagi mengenalpasti punca sebenar kes di rumah datuknya di Felda Bukit Aping Timur di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ Gambar NUR AISYAH MAZALAN

KOTA TINGGI 19 Mei - Kubur Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi yang meninggal dunia 26 April lalu digali semula petang semalam.

Datuknya, Ahmad Motai, 67, memberitahu, pihak keluarga dimaklumkan perkara tersebut bertujuan untuk membolehkan pihak berkuasa menyambung bedah siasat ke atas kedua-dua kaki Allahyarham yang dipotong pada 23 April lalu.

“Kami dimaklumkan kedua-dua anggota tubuh Mohamad Thaqif Amin itu akan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk bedah siasat.

“Ketika anggota tubuh itu dibawa naik, ia kelihatan masih elok dan tiada sebarang bau kurang menyenangkan yang dihidu,” katanya ketika ditemui.

Difahamkan, kerja menggali tersebut dilakukan penduduk tempatan beserta pegawai polis dan pihak majistret. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain