Demikian kesimpulan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan, Norhayati L. Isa yang menyatakan bahawa tulisan jawi dan al-Quran berkait rapat antara satu sama lain.

Menurutnya, pemahaman ter­-
hadap tulisan jawi perlu diterapkan dari peringkat awal supaya mudah bagi murid-murid mendalaminya secara lebih berkesan.

“Saya amat menyambut baik kem seumpama ini yang dilihat dapat meningkatkan lagi pemahaman dan ilmu pengetahuan mengenai tulisan jawi dalam kalangan murid-murid.

“Saya berharap agar mereka dapat memanfaatkan sebaiknya segala ilmu yang telah dipelajari semasa kem selama tiga hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap supaya kem itu dapat diteruskan pada masa depan dengan penglibatan lebih ramai murid.

Sempena Kem Cemerlang Jawi Perdana Peringkat Kebangsaan Kali Ketiga itu, Amir Irsyad Ibrahim Razali, 11, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Layang-Layang, Kluang dan Farzana Umaira Syaiful Hafiz, 11, dari SK Taman Muhibbah, Kulai dinobatkan sebagai peserta terbaik.