Pengetuanya, Koh Guan Hoe berkata, kedai tersebut memberi peluang berharga kepada pelajarnya untuk mempelajari kemahiran berniaga sebagai persediaan untuk menyertai alam pekerjaan.

Beliau berkata, setiap hari dua pelajar istimewa akan ditempatkan di kedai tersebut dan dibantu oleh dua kakitangan tetap.

“Objektif pembukaan kedai ini untuk memberi peluang mempelajari ilmu berkaitan dan membantu mereka mendapatkan kerja dalam masyarakat.

“Di sini, mereka akan belajar untuk mempromosikan barangan, selain berkomunikasi secara kerap dengan pelanggan yang datang,” katanya dalam majlis perasmian di pusat beli-belah Sutera Mall, Taman Sutera, di sini kelmarin.

Kedai tersebut menempatkan pelbagai produk kesenian seper­ti cenderamata, kraf tangan dan lukisan yang kebanyakannya dihasilkan oleh OKU.

Guan Hoe berharap objektif penubuhan kedai tersebut dapat dicapai kerana golongan OKU juga memerlukan pekerjaan dan pendapatan untuk menampung kehidupan mereka sama seperti anggota masyarakat yang lain.

“Pihak yang mahu menghulurkan bantuan dan menyokong usaha ini boleh berbuat demikian dengan memberi sumbangan ke dalam tabung yang terdapat di kedai ini,” katanya.