Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Balai Raya Kampung Tenglu Besar pada pukul 12 tengah hari ini dan menempatkan seramai 34 orang daripada lapan keluarga.

“Bagi daerah Segamat, hingga pukul 4 petang ini, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada seramai 85 orang daripada 22 keluarga.

“Seramai 41 mangsa daripada 12 keluarga PPS Balai Raya Gemereh 4, Batu Badak, manakala Balai Raya Kampung Pogoh Tengah pula menempatkan 10 orang daripada dua keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE