Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

KETR destinasi rekreasi menarik

Sedia pelbagai aktiviti lasak mencabar fizikal, minda

Seorang jurulatih membuat demonstrasi menyembur minyak tanah ke 9
Seorang jurulatih membuat demonstrasi menyembur minyak tanah ke arah api.

KOTA TINGGI 6 april - Ketika kaki melangkah ma­suk ke Ladang Basir Ismail yang terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Kota Tinggi, seluruh pancaindera bagaikan bersatu dengan alam.

Saujana mata memandang di kawasan tersebut melihat suasana tenang selain diiringi angin sepoi-sepoi bagai menyambut kedatangan pengunjung ke Kulim Eco Trail Retreat (KETR).

Tidak siapa menyangka ladang kelapa sawit yang dilihat rupanya sebuah kawasan yang menarik untuk menjalankan pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga atau berkumpulan yang ditawarkan di situ.

Lebih unik kerana tersergam­nya sebuah bangunan lama yang dikatakan dibina pada 1930-an tetapi telah dibaikpulih tanpa menjejaskan keaslian reka bentuk asalnya.

Kira-kira 50 meter dari bangunan itu, mengalirnya air Sungai Johor yang menjadi habitat semula jadi pelbagai spesis hidupan marin selain menjadi tumpuan burung bangau di kawasan berke­naan.

Itulah uniknya KETR yang terletak di tanah seluas 5.6 hektar merupakan sebuah pusat ke­giatan riadah dan menawarkan pelbagai program pembangunan berkumpulan (team building) sejak beroperasi pada 2014.

Pada asalnya, bangunan itu adalah sebuah pusat latihan dalaman milik Johor Corporation (JCorp) sebelum diambil alih oleh Kulim yang merupakan syarikat dalam Kumpulan JCorp untuk dibangunkan semula pada 2010.

Kawasan tersebut menyediakan pelbagai kemudahan untuk keperluan pelancongan dan aktiviti kumpulan terutama warga korporat yang mahu menganjurkan kem riadah serta aktiviti pembangunan kumpulan.

KETR yang mampu memuatkan sehingga 200 peserta menyediakan pelbagai aktiviti lasak dan santai yang menyeronokkan serta mempunyai jurulatih berpengalaman untuk memberi tunjuk ajar.

Cabaran getir buat peserta apabila perlu melalui aktiviti yang cukup mencabar dari segi mental dan fizikal seperti memanjat pokok menggunakan tali, berka­yak, mendaki bukit, mendayung menggunakan papan luncur dan menyusuri denai.

Bagi mereka yang meminati sukan berbasikal, jangan lepaskan peluang itu dengan mendaki puncak bukit setinggi 170 meter dari aras laut bagi menikmati pemandangan 360 darjah melihat daerah ini dari atas.

Aktiviti lain yang boleh dicuba oleh peserta adalah stand up paddling yang menggunakan papan luncur dan kemahiran berkayuh untuk bergerak di sepanjang su­ngai.

Selain itu, aktiviti leap of faith pula memerlukan keberanian peserta untuk berada pada ke­tinggian 30 kaki dan kemudiannya melompat untuk mencapai palang pemegang.

Aktiviti lain yang boleh dite­rokai peserta di KETR adalah perlumbaan membina rakit, persembahan unggun api, berka­yak, memancing dan mengadakan lawatan melihat kunang-kunang serta ladang nanas Melita milik Kulim.

Justeru, orang ramai yang berminat untuk mengadakan apa juga aktiviti di KETR boleh meng­hubungi talian 019-7766638 untuk membuat tempahan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain