Pengarah Jabatan Laut Wilayah Selatan, Dickson Dollah berkata, lokasi pencemaran melibatkan kawasan seluas 4 batu nautika dari pesisir pantai.

“Pencemaran dianggarkan membabitkan kira-kira 300 tan minyak dipercayai akibat aktiviti pembuangan minyak oleh kapal tangki sejak dua hari lalu.

Ekoran kejadian itu, 18 anggota daripada unit kecemasan telah digerakkan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan bermula hari ini,” katanya.

Semalam, Jabatan Laut Wilayah Selatan menemui tumpahan minyak melibatkan kawasan sepanjang satu kilometer di perairan Tanjung Balau dan Batu Layar. - UTUSAN ONLINE