Ayub Rahmat
Ayub Rahmat

Ini kerana, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat, keperluan tersebut amat mendesak bagi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada masyarakat.

Beliau berkata, dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), kerajaan negeri telah mengemukakan cadangan supaya kemudahan beberapa hospital di negeri ini dinaik taraf atau dibina semula.

“Antara cadangan yang telah dikemukakan kepada Kerajaan Pusat sebelum ini adalah pembinaan Hospital Pasir Gudang yang telah diluluskan dalam Bajet 2015 de­ngan kos RM750 juta.

“Selain Hospital Pasir Gu­dang, keutamaan kerajaan negeri ketika ini adalah untuk membina HSA 2 bagi me­ngurangkan kesesakan pesakit kerana bangunan HSA sedia ada sudah lama dan pembinaan hospital baharu ini juga adalah wajar,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, walaupun terdapat dua hospital di daerah Johor Bahru, iaitu HSA dan Hospital Sutan Ismail (HSI), permintaan untuk pembinaan HSA 2 amat mendesak terutamanya di kawasan Iskandar Malaysia.

Selain sering berlaku ke­sesakan, kedudukan HSA tidak berapa sesuai disebabkan berhampiran dengan laut dan mudah dinaiki air apabila berlakunya air pasang besar serta terletak di kawasan yang agak sesak.

Ayub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah berkata, jika HSA 2 dapat dibina, langkah itu juga dapat menyekat pengaliran keluar pakar-pakar perubatan ke hospital swasta dan HSA boleh dijadikan sebagai pusat jantung atau penyelidikan perubatan.