Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kawasan perindustrian yang dibangunkan seharusnya mempunyai standard tersendiri dalam usaha membantu Johor menarik pelaburan dalam bidang berfokus dan tertentu.

“Usaha untuk menarik pelaburan bukan sekadar bergantung dengan lokasi yang strategik dan kewujudan pekerja mahir, malah bagaimana kawasan perindustrian itu disediakan dan diuruskan turut memainkan peranan penting.

“Pihak pelabur mengambil kira terutamanya dalam kawasan pelaburan ada tempat penginapan, rekreasi dan kemudahan lain yang memberi nilai tambah bagi mereka. Jadi, apa yang dibuat [email protected] Airport City dijadikan satu standard bagi kawasan perindustrian di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembukaan [email protected] Airport City, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE