Pengurus Besarnya, Norazman Othman berkata, sebanyak 10 da­ripada 12 perkampungan dalam wi­layah pentadbiran Kejora berpotensi untuk dijadikan sebagai kampung pelancongan desa.

Kampung tersebut ialah Kampung Mawai, Kampung Sentosa, Kampung Belukar Durian, Kampung Panchor, Kampung Linting, Kampung Tanjung Serindit, Kampung Tanjung Buai, Kampung Pasir Gogok, Kampung Punggai dan Kampung Johor Lama.

Menurutnya, program Home­stay Malaysia merupakan satu inisiatif di bawah pelan induk pelancongan luar bandar yang bertujuan untuk meningkatkan penyer­taan masyarakat dalam sektor pelancongan dan kebudayaan.

“Di bawah program ini, pelancong berpeluang memperoleh pengalaman tinggal bersama-sama keluarga yang dipilih, berinteraksi dan merasai pengalaman kehidupan seharian keluarga di desa dan budaya masyarakat luar bandar.

“Sebanyak 38 pengusaha home­stay dalam wilayah Kejora, iaitu masing-masing 15 pengusaha di Kampung Mawai Baru dan Kampung Johor Lama, manakala lapan pengusaha di Kampung Belukar Durian dan di Kampung Sedili Kecil,” katanya semasa merasmikan Karnival Pelanco­ngan Desa 2017 di Kampung Johor Lama, dekat sini kelmarin.