Tanpa mahu mendedahkan tiga bandar tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, kedua-dua pihak kini sedang rancak mengadakan perbincangan bagi menjayakan usaha tersebut.

Menurutnya, perbincangan itu turut meliputi perancangan untuk mewujudkan penerba­ngan terus tiga bandar itu dan Johor.

“Seperti Haikou, satu bandar di wilayah Hainan, mereka datang ke sini untuk mempromosikan bandar itu dan pada masa sama di pihak kita juga boleh berbuat perkara sama, di mana bandar tersebut mempunyai persamaan dengan Johor.

“Mereka mempunyai pantai serta pulau yang cantik seperti juga di Johor, kita ada tarikan serupa antaranya di Desaru, Kota Tinggi, Pontian dan Mer­sing,” katanya selepas pertemuan dengan delegasi pelancongan dari Haikou dan pemain industri pelancongan negeri ini di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Haikou, Jiang ZuHua dan Presiden Pertubuhan Persekutuan Hainan Malaysia, Datuk Lim Chiew Ah.

Cai Tung berkata, dalam usa­ha merancakkan pelancongan kedua-dua tempat itu, pihak Malindo Air memperkenalkan penerbangan terus Johor Bahru-Haikou bagi tempoh percubaan selama tiga bulan bermula 19 Ogos hingga 21 Oktober ini.

“Jika pihak terlibat mendapat maklum balas yang baik bagi penerbangan JB-Haikou dalam tempoh percubaan itu, saya percaya laluan perbangan terus itu akan diperkenalkan secara tetap di masa akan datang,” katanya.