Bayi berusia 10 bulan yang merupakan anak tunggal kepada pasangan Nabil Fikri Anwar, 28, dan Noraziqah Rohmat, 23, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kontang, di sini kira-kira pukul 7 petang ini.

Jenazah terdahulu dibawa ke Surau Rumah Pangsa Jalan Ong Siong, di sini untuk disembahyangkan selepas proses bedah siasat selesai dilaksanakan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

Naufal Amsyar yang dimasukkan ke hospital sejak Selasa lalu meninggal dunia di wad hospital berkenaan kira-kira pukul 9 pagi semalam.

Bayi yang dipercayai terjatuh di rumah pengasuhnya di Taman Sialang, di sini mengalami kecederaan parah di kepala termasuk lebam dahi kiri, pendarahan di bahagian mata dan retak tempurung kepala. - UTUSAN ONLINE