Namun, mereka mungkin tidak mahir selok-belok untuk berbuat demikian selain tidak tahu dengan siapa untuk berurusan bagi menjayakan hasrat itu.

Atas kesedaran itu, seorang usahawan, Noorizan Ibrahim, 47, sedia membantu pengusaha IKS yang berhasrat untuk mengembangkan perniagaan mereka bagi menembusi pasaran baharu.

Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jemari Usahawan Johor yang digerakkan Noorizan sejak April lalu berjaya membantu 25 usahawan IKS untuk menempatkan produk mereka di stesen minyak di sekitar bandar raya ini.

Menurutnya, ini­siatif itu diambil bagi membantu pengusaha IKS memperluaskan pasaran perniagaan yang secara tidak langsung mening­katkan ekonomi pihak terlibat.

“Setakat ini, seramai 25 usahawan IKS telah berjaya menem­patkan produk mereka di 12 buah stesen minyak di sekitar

Johor Bahru.

“Kejayaan ini melibatkan kira-kira 50 produk IKS yang me­rangkumi pelbagai jenis makanan tahan lama seperti kerepek, kekacang dan sambal,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Noorizan yang menetap di Bandar Tenggara, Kota Tinggi turut menyasarkan untuk mendapatkan kerjasama sehingga 50 stesen minyak bagi menempatkan produk IKS bumiputera menjelang akhir tahun ini.

Beliau me­ngakui ramai pengusaha IKS mempunyai kemahiran untuk mengeluarkan produk yang menepati cita rasa pengguna, namun mereka kurang mahir untuk memasarkan produk tersebut.

“Menerusi Jemari Usahawan Johor, kami akan membantu mereka untuk menepati kriteria ditetapkan pengusaha stesen minyak terlibat, selain memberi cadangan tentang kaedah pembungkusan dan membantu pemasaran produk tersebut.

“Dengan itu, pengusaha IKS terlibat boleh memberi tumpuan terhadap usaha mengekalkan kualiti produk masing-masing bagi terus menarik minat pembeli,” katanya.

Pihaknya menyasarkan stesen minyak kerana merasakan premis tersebut sesuai sebagai lokasi penjualan produk IKS ekoran jumlah kunjungan pengguna yang ramai di setiap stesen minyak terlibat.

Justeru, pengusaha IKS yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubunginya menerusi talian 010-7986052 atau melayari laman web Jemari Usahawan Johor.