Ketua Pengarah JAS, Datuk Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim berkata, data terkini mendapati kualiti udara di kawasan berkenaan adalah sihat dan berada pada paras dibenarkan.

“Untuk itu JAS akan terus melaksanakan pemantauan kualiti udara bagi memastikan kualiti udara adalah baik bagi penduduk dan pelajar-pelajar di sekolah berhampiran.

“Pemantauan ini juga bagi memastikan kejadian pelepasan toksik ke udara tidak berulang,” katanya dalam sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih di sini sebentar tadi.

Yang turur hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh dan Pengarah JAS negeri, Datuk Dr. Mohammad Ezanni Mat Salleh.

Pencemaran toksik di Sungai Kim Kim sejak 7 Mac lalu menjejaskan hampir 6,000 penduduk termasuk pelajar hingga memaksa 111 sekolah di sini ditutup. - UTUSAN ONLINE