Beliau berkata, tawaran ber­kaitan skim cepat kaya atau pe­laburan yang tidak tahu kesahihan perniagaan dan boleh menyebabkan orang ramai membuat pinjaman termasuk dengan ahlong dan tindakan tersebut mampu me­nyumbang kepada jenayah lain.

“Jangan pinjam ah long, da­lam ke­adaan ekonomi tak menen­tu atau takde duit pun...jangan sesekali pinjam dengan ah long. Pinjam menerusi saluran yang betul, macam tu juga skim cepat kaya atau pelaburan yang tak tau sahih ke tak, jangan masuk.

“Pelaburan atau pinjaman ma­cam itu kalau masuk kita akan rugi, macam juga pinjam ah long, interest tinggi..bila orang tak mampu nak bayar, tu yang menyebabkan berlaku jenayah lain, baling cat, gaduh, pukul dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Tambahnya, sebelum ini sudah ramai yang rugi, malah laporan polis mahu pun berita di media juga masih tidak mampu menghalang orang ramai daripada mempercayai perkara sebegitu, namun beliau menegaskan, polis negeri ini sentiasa melakukan pemantauan.

Beliau berkata, banyak kumpulan ah long atau pihak menjalankan pelaburan tidak sahih atau skim cepat kaya sudah ditangkap.

Dalam pada itu, Mohd. Zakaria memberitahu, perkemba­ngan sistem teknologi maklumat dan telekomunikasi banyak mempengaruhi trend jenayah ko­mersial pada masa kini dan berdasarkan statistik suku tahun pertama tahun ini bagi nege­ri ini, sebanyak 983 kes disiasat berbanding sejumlah 899 kes dilaporkan pada tahun 2016, me­ningkat sebanyak 84 kes.

“Namun demikian, dalam tempoh tersebut Jabatan Siasatan Jenayah Komesial berjaya menyelesaikan 831 kes iaitu bersamaan 84.5 peratus manakala dari segi pertuduhan pula sebanyak 212 kes atau 21.6 peratus.

“Suku pertama tahun ini juga menyaksikan seramai 135 ceti haram ditangkap dan 26 daripada mereka dituduh di mahkamah. Tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) juga turut diambil ke atas tujuh orang ceti haram,” katanya.