Beliau berkata, hanya perkara-perkara berkaitan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dibenarkan melibatkan ceramah, khutbah dan kuliah di masjid serta surau di negeri ini.

“Kepada mereka yang ingin berceramah tentang agama Islam di negeri ini, pertama mesti memiliki tauliah dan kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Kedua sentiasa peka dan prihatin isu-isu semasa bukan berceramah mengikut hati seolah-olah mewujudkan was-was.

“Ini akan mencalarkan lagi keharmonian dan kekukuhan umat Islam di Johor. Begitu juga penceramah-penceramah daripada parti-parti politik. Walaupun memiliki keluluasan agama tetapi disebabkan kecenderungan parti politik tertentu menyebabkan ceramah cenderung kepada politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Multaqa Ulama Kali Ke-7 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini sebentar tadi yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin. - UTUSAN ONLINE