TANGKAP LAYAR kenyataan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim di Instagram. - UTUSAN
TANGKAP LAYAR kenyataan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim di Instagram. - UTUSAN ONLINE

Beliau turut berjanji kepada semua rakyat Malaysia berhubung perkara tersebut.

“Ia merupakan antara keutamaan dan misi keluarga saya untuk melindungi semua hutan, pokok bakau dan terumbu karang di Johor,” katanya menerusi laman sosial Instagram pada Isnin.

Tunku Idris juga sudah menzahirkan kebimbangan berhubung perkara berkaitan alam sekitar dan hidupan liar kepada kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri.

Pada masa sama, beliau turut memberitahu, pihak PTNJ juga sedang meneliti Gunung Pulai dekat Kulai dan Gunung Panti dekat Kota Tinggi untuk disenaraikan sebagai Taman Negara. - UTUSAN ONLINE