Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Hospital Pakar Puteri, Haliza Khalid berkata, Jalur Gemilang gergasi itu berukuran 2.4 meter panjang dan 4.8 lebar dihasilkan daripada pelbagai saiz botol plastik.

“Projek ini dimulakan kira-kira dua minggu lalu dengan mengumpul 1,702 botol plastik untuk mencipta bendera gergasi tetapi hanya 500 botol plastik dipakai.

“Usaha ini melibatkan semua kakitangan daripada jururawat hingga pentadbiran hospital selain mewujudkan kesedaran sayangi Malaysia dengan memelihara alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Bendera Gergasi Malaysia Tangani Plastik di hospital tersebut di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Pengarah Perubatan Hospital KPJ Pakar Puteri, Dr. Mohd. Ali Salleh.

Haliza berkata, pihaknya menggalakkan semua kakitangan menyertai program berkenaan bertujuan menyemarakkan semangat patriotik dan sambutan Hari Kebangsaan 2018.

Jalur Gemilang gergasi itu digantung di ruang legar hospital dengan slogan Save the Nation, Save the Environment sekali gus menarik perhatian pesakit dan pengunjung.