Mohamad Helmi Mansor, 31, ber­harap kolam pan­cing ikan dan udang itu akan menjadi ikon baharu di Pekan Nanas memandangkan kurangnya tarikan pelancongan di kawasan ini.

“Usaha yang dijalankan oleh Lan Dayun perlu mendapat sokongan semua pihak kerana banyak memberikan manfaat kepada penduduk tempatan seperti peluang perniagaan di gerai yang disediakan dan sebagainya.

“Di Pekan Nanas ini tiada tempat untuk beriadah pada waktu malam dan pembukaan kolam pancing ini dapat memberikan alternatif tanpa perlu ke Johor Bahru mahupun bandar Pontian,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Yusof Atan, 42, yakin usaha tersebut mampu menarik lebih ramai pengunjung bukan sa­haja pada waktu malam, ma­lah siang kera­na mem­punyai pelbagai kemudahan termasuk taman permainan kanak-kanak untuk be­riadah bersama-sama keluarga.

“Dengan ke­dudukan di jalan utama ke Johor Bahru dan Singapura, lokasinya mudah untuk dikunjungi oleh orang ramai dan tentunya memberikan kelebihan kepada kolam memancing ini,” katanya.

Bagi Azrul Ibrahim, 32, suasana menarik merupakan kelebihan ko­lam tersebut, termasuk mempunyai pelbagai kemudahan yang dapat memenuhi keperluan kaki pancing yang membawa ke­luarga.

“Penduduk Pekan Nanas berharap kerja keras dan kesungguhan Lan Dayun dapat direalisasikan dengan menjadi salah satu produk pelancongan yang mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri,” kataya.