ALUI BAHARI
ALUI BAHARI 

Ketua Pengarah MMD, Alui Bahari menegaskan, pihak tidak bertanggungjawab dan tidak pernah mengeluarkan amaran tsunami seperti didakwa dalam mesej yang tular ketika ini.

“Mesej itu juga mengandungi pelbagai kesalahan fakta seperti magnitud gempa bumi 12.3 skala ritcher kerana magnitud gempa bumi yang maksimum adalah sehingga 10.0 skala ritcher sahaja.

“MMD juga ingin menjelaskan bahawa sehingga kini belum ada kaedah saintifik untuk meramal bila dan di mana akan berlaku gempa bumi.

“Oleh itu amaran tsunami juga tidak dapat dikeluarkan sebelum suatu gempa bumi yang signifikan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, MMD selaku jabatan yang bertanggungjawab memantau kejadian gempa bumi di rantau ini akan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami sekeranya dijangka

boleh mengancam kawasan pantai negara ini.

Maklumat gempa bumi dan amaran tsunami katanya, dikeluarkan MMD dan disalurkan kepada agensi pengurusan bencana, media dan orang awam melalui laman web www.met.gov.my,

mygempa.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, Facebook:malaysiamet dan Twitter:malaysianmet.

Selain itu juga katanya, orang ramai juga boleh menghubungi talian 03-79678066 (pusat operasi MMD) untuk mendapatkan maklumat terkini.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Meteorologi Johor, Amirzudi Hashim berkata, mereka yang mempunyai sebarang kemusykilan boleh menghubungi talian 1-300-22-1638 atau melayari laman

web rasmi untuk mengetahui informasi mengenai ramalan serta amaran yang dikeluarkan.

“Mereka juga yang ingin mengetahui informasi terkini boleh memuat turun aplikasi mycuaca yang telah disediakan pihak kami,” katanya. - UTUSAN ONLINE