Mohd. Riduan Mohd. Rasip, 30, dari Perumahan Tersusun Kampung Tuan Sheh, Tanjung Sedili seakan tidak percaya apabila muncul pemenang hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah kereta motosikal jenis SYM E Bonus 110SR bernilai RM4,300.

Menurut pekerja ladang yang masih bujang itu, dia tidak mampu untuk berkata-kata selepas nombornya diumumkan sebagai pemenang hadiah utama tersebut.

“Saya tidak menyangka memenangi cabutan bertuah ha­diah utama kerana ramai yang menyertai perlumbaan ini. Sejak sekian lana saya ingin memiliki motosikal sendiri,” katanya.

Sementara itu, juara pertan­dingan Gegar Joran Merdeka dimenangi seorang guru, Mohd. Nasharudin Nor, 36, dari Kuala Kangsar, Perak selepas menaikkan ikan pari seberat 2.065kg dan membawa pulang RM20,000.