Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Iktiraf aktiviti kesukarelawanan – MB

Mohamed Khaled Nordin (tengah) merakamkan swafoto   bersama sukarelawan
Mohamed Khaled Nordin (tengah) merakamkan swafoto bersama sukarelawan dalam Program RaSuK Johor 2017 di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 19 Mac - Peranan pelbagai badan, kumpulan dan gerakan kesukarelawanan perlu diiktiraf kerana aktiviti seumpama itu disifatkan sebagai penyuluh kepada pembangunan masa depan Johor dan Malaysia.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, aktiviti seumpama itu juga sudah menjadi satu trend dan di negara maju dijadikan sebagai satu gerakan yang cool selain diiktiraf pe­yumbang kepada sebuah negara.

Menurutnya, cara terbaik untuk memajukan Johor dan Malaysia serta mencipta kesejahteraan yang lestari adalah dengan menjadikan negeri dan negara ini sebati dengan darmabakti dan sumbangsih rakyatnya.

“Johor dan Malaysia ini mesti dibangunkan oleh kita sendiri, de­ngan cara dan peranan masing-masing, dengan sukarela kerana kita percaya nilai-nilai seperti membuat kebajikan, membantu itu baik dan positif bagi masa depan negara.

“Melakukan aktiviti atau gerakan kesukarelawanan seumpama itu merupakan ciri-ciri berkemajuan dan bukannya kekampungan lagi,” katanya berucap dalam perasmian program Rapat Sukarelawan (Rasuk) Johor 2017 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md. Jais Sarday serta Ketua Pegawai Eksekutif Institut Intergriti Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn (Iklas), Johan Arifin Mohd. Ropi.

Lebih 200 pertubuhan dan kumpulan gerakan sukarelawan menyertai konvensyen Rasuk Johor 2017 anjuran Iklas yang merupakan platform pertukaran dan perkogsian idea antara wakil kerajaan negeri dan peserta kesukarelawanan.

Mohamed Khaled menggariskan empat sebab mengapa beliau berpandangan seperti itu iaitu pertama kerana sifat atau tabii kesukarelawanan, kedua kerana gerakan sebegitu selalu berfungsi sebagai instrumen perubahan transformasi rakyat.

Ketiga, tambahnya, kerana sangat menebalnya kepercayaan umum terhadap potensi gerakan kesukarelawanan dan keempat, kerana kesukarelawanan telah mula menjadi satu lagi gaya hidup moden Malaysia.

Beliau turut berpendapat, sekiranya gerakan dan aktiviti kesukarelawanan itu dapat dija­yakan, usaha tersebut merupakan sumbangan Johor dalam Ekspresi Negaraku selain juga dapat me­ningkatkan patriotrisme serta cinta pada negara.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain