Ahmad Shukri, 32, dari Pekan, Pahang berjaya menaikkan ikan tersebut pukul 12.30 tengah hari dengan menggunakan umpan udang hidup dan  tidak dapat dicabar para pemancing lain hingga pertandingan tamat pada 1 petang.

Tempat kedua dimenangi oleh Azam Dahali, 42, dari Batu Pahat yang membawa pulang wang tunai RM3,888 dengan hasil tangkapannya ikan yu seberat 1.112kg, manakala Aizuddin Osman, 31, dari Kuantan, Pahang meraih tempat ketiga dengan hadiah RM2,888 apabila menaikkan ikan sembilang seberat 0.860 gram.

Lebih 450 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan di pantai itu sempena Pesta Tanjung Balau anjuran Ada Event & Resouces dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora).

Hadiah disampaikan oleh Penolong Pengurus Bahagian Pelancongan Kejora, Shahrul Shafique Hamidon dan Pengarah Urusan Ada Event, Zailani Ahmad.

Penyelaras program, Edee Nor Iskandar Jumaat berkata, penganjuran kali pertama pihaknya di kawasan itu mendapat sambutan amat mengga­lakkan bukan sahaja daripada penduduk setempat tetapi dari luar.

“Insya-Allah kerjasama yang terjalin dengan pihak Kejora akan diteruskan pada masa akan datang. Untuk mendapatkan info lanjut mengenai acara atau aktiviti yang kami anjurkan boleh layari Facebook kami Ada Event Resources atau hubungi saya di talian 018-7830736,” katanya.