Pengurus Komunikasi Pemasaran Pulai Springs Resort, Charlotte Monterio berkata, hotel berkenaan dengan tema Bufet Citra Ala Bazar akan menampilkan 15 bazar yang menampilkan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa.

Antara hidangan yang disediakan termasuk kambing kuzi dengan nasi beriani, ayam masak opor, tulang rusuk masak merah, udang mentega, kambing gulai kawah, sup gear box dan roti Perancis serta asam pedas Johor.

“Harga bagi dewasa ialah RM108 dan kanak-kanak RM54, manakala pada minggu pertama, pelanggan hanya perlu membayar RM85 untuk dewasa dan RM43 bagi kanak-kanak.

“Pelanggan juga akan menerima tawaran eksklusif, iaitu dengan setiap pembelian sembilan orang dewasa, percuma seorang (promosi 9+1). Untuk tempahan boleh hubungi 07-521 2121 atau melalui WhatsApp 017-745 5776,” katanya.

Sementara itu, Eksekutif Pemasaran Hotel Swiss Inn Johor Bahru, Haryati Karim berkata, hotel berkenaan dengan tema Warna-warni Ramadan menyediakan lebih 100 hidangan, antaranya sup rawon, kambing nasi beriani, asam pedas Bandar Maharani, laksa Johor dan udang masak lemak rebung.

Katanya, harga bagi dewasa ialah RM98, kanak-kanak empat hingga 12 tahun (RM40), manakala kanak-kanak bawah empat tahun (percuma) dan untuk tempahan boleh hubungi 07-2183333 sambungan 3351,” katanya.

Penolong Pengurus Pengiklanan, Promosi dan Pentadbiran Hotel GBW Johor Bahru, R. Sutha Menon pula berkata, hotel tersebut yang dahulunya dikenali sebagai Grand Bluewave Hotel Johor Bahru menerusi tema Citarasa Cef Karim menyediakan lebih 120 jenis masakan, manisan dan minuman.

“Antara masakan yang disediakan termasuk kambing kuzi sumbat dan nasi beriani, kambing panggang nasi mandy, nasi lemak berlauk, ayam percik, aneka kerabu, kuih-muih dan buah-buahan segar.

“Harga bagi dewasa adalah RM92, warga emas (RM65), kanak-kanak berusia bawah 12 tahun (RM45), bawah enam tahun (percuma). Untuk tempahan boleh hubungi talian 07-2216666,” katanya.