Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hari Guru: 36 pelajar kurang kemampuan terima sumbangan

Hamid  Selamat (kanan) menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar
Hamid Selamat (kanan) menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar kurang berkemampuan dalam majlis sambutan Hari Guru di SMK Dato Ali Haji Ahmad, Pontian, Johor, semalam.

PONTIAN 17 Mei – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Ali Haji Ahmad, di sini meme­cah tradisi sambutan Hari Guru apabila menganjurkan majlis penyam­paian sumbangan kepada para pelajar sekolah itu yang kurang berkemampuan.

Pengetuanya, Hamid Selamat berkata, penyampaian sumba­ngan itu bagi memenuhi tema sambutan peringkat sekolah ‘Melentur Kemanusian’ bagi mendekatkan guru-guru dengan masyarakat sekeliling.

Beliau berkata, guru-guru turun padang bagi menyampaikan sumbangan ke rumah 36 pelajar yang telah dikenali pasti, sete­rusnya menyelami kehidupan se­benar mereka.

“Alhamdulillah, sambutan Hari Guru kali ini ada kelainan berbanding sebelum ini serta acara sukaneka dan persembahan oleh 123 guru,” katanya ketika ditemui selepas berkonvoi menyampaikan sumbangan berkenaan, di sini semalam.

Konvoi tersebut yang disertai guru-guru dan pelajar berakhir dengan lawatan ke rumah seorang guru, Ahmad Fuad Ramlan, 49, yang mengalami sakit jantung.

Hamid berkata, SMK Dato' Ali Haji Ahmad mempunyai 1,835 pelajar pelbagai kaum, iaitu Mela­yu, Cina dan India yang bersama-sama belajar dalam suasana harmoni dan semangat perpaduan.

“Ada dalam kalangan guru yang memberikan tajaan seperti aiskrim dan jamuan kepada para pelajar kurang berkemampuan untuk berkongsi rezeki yang ada,” katanya.

Menurutnya, program tersebut mendapat kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang turut memberikan sumbangan bagi menjayakannya.

Dalam pada itu, beliau berharap tema sambutan Hari Guru, iaitu ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ harusnya difahami bukan sahaja oleh golongan pendidik, malah juga pelajar supaya berusaha untuk memajukan diri sebagai aset dan pemimpin masa depan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain