Menurut beliau, kajian kebolehupayaan projek berkenaan dijangka akan dapat disiapkan dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.

“Pemaju projek tersebut, KA Petra Sdn. Bhd. telah diberikan kebenaran secara prinsipal untuk menjalankan kajian tersebut.

“Lokasi pembinaan STS itu adalah di lokasi sedia ada cuma kita merancang untuk mengembangkan operasinya dan menjadikannya sebuah hab,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Stesen FedEx Johor, di Senai, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE