Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bentuk ganjaran itu akan diperincikan dalam mesyuarat Exco yang diadakan pada hari tersebut.

“Tahniah untuk pasukan JDT atas kemenangan malam tadi. Johor amat berbangga dengan pasukan dan kita percaya bahawa kemenangan itu juga disumbang oleh penyokong setia daripada Sultan Johor hingga ke rakyat jelata.

“Tidak dinafikan juga peranan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai penggerak JDT,” katanya ditemui selepas melancarkan Jentera IT Pergerakan Puteri UMNO Johor, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Md. Jais Sarday dan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad. - UTUSAN ONLINE