Pengarah Strategi CGPV, Ng Zhu Hann berkata, pihaknya amat berbangga kerana menjadi wakil negara ke peringkat global sekali lagi.

“Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha Forest City dalam mewujudkan pembangunan bersepadu industri bandar di peringkat tertinggi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ini merupakan kali ketiga Forest City mewakili Malaysia dan memenangi anugerah berprestij di pentas dunia.

Pada tahun lalu, Forest City memenangi Anugerah Model Global Bangunan Hijau Taman Perindustrian untuk Pangkalan Sistem Binaan Berindustri (IBS), manakala pada tahun sebelumnya, Forest City mengungguli Anugerah Penempatan Manusia Global bagi kategori Perancangan dan Reka Bentuk.

SCAHSA merupakan salah satu sorotan acara tahunan Forum Global Penempatan Manusia (GFHS) 2018 yang diadakan di Pusat Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu di Bangkok selama dua hari baru-baru ini.

Pemenang anugerah SCAHSA diiktiraf atas pencapaian mereka dalam transformasi bandar dan memupuk inovasi dalam mengurus pertumbuhan dan mewujudkan pembangunan bandar yang berkualiti tinggi, berdaya tahan dan lestari.

Forum anjuran bersama GFHS dan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Bangsa-bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP) yang berlangsung selama 13 tahun telah menarik penyertaan peserta dari seluruh pelusuk dunia termasuk pegawai-pegawai kanan PBB. - UTUSAN ONLINE