Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Fokus enam langkah Transformasi Pendidikan Johor 2017 tingkat kualiti

P. Kamalanathan (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Guru Cemerlang
P. Kamalanathan (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Guru Cemerlang Kategori Inovatif sambil diperhatikan Ayub Rahmat (kiri) dalam majlis Makan Malam Muafakat Guru sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 16 Mei – Kerajaan negeri memperkenalkan Fokus Transformasi Pendidikan Johor 2017 bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan menerusi enam pendekatan inklusif.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, enam langkah itu merupakan usaha pihaknya dalam memberikan pendidikan berteraskan kemahiran, sesuai dengan abad ke-21.

Beliau berkata, antara langkah itu termasuk meningkatkan keupayaan guru dan pentadbir sekolah sesuai dengan sistem Pembelajaran Alaf Ke-21 (PAK-21) dalam melahirkan murid dan pelajar yang kreatif dan inovatif.

“Kerajaan negeri turut memberi sokongan kepakaran dan kewangan dalam pelaksanaan bidang sains, teknologi dan Matematik selain mengadakan program bagi meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris.

“Pelaksanaan Karakter Murid Johor bertujuan membentuk identiti dan jati diri pelajar, penubuhan Johor Skills Hub dan penawaran biasiswa,” katanya pada Majlis Malam Muafakat Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat kebangsaan 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamed Yusof.

Pada majlis tersebut, turut di­sam­paikan pemenang bagi Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas, Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Anugerah Guru Inovatif.

Majlis makan malam itu dihadiri lebih 2,000 guru dari seluruh negara.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain