Festival lima hari yang merupakan acara tahunan bertaraf antarabangsa itu menghimpunkan seramai 1,000 pelayang dari 44 buah negara.

Antara negara yang terlibat selain Malaysia termasuk Australia, China, Jerman, Perancis, Amerika Syarikat, Brazil dan Rusia.

Festival hari ini membabitkan Pertandingan Wau Bulan Peringkat Sekolah, Kebangsaan dan Asia Tenggara, Pertandingan Wau Kucing Peringkat Kebangsaan dan Pertandingan Wau Jalabudi Peringkat Kebangsaan.

FLLSPG tahun ini membawa tema Memperkasa Komuniti Dunia yang membawa maksud untuk meningkatkan persefahaman dan hubungan antara pelbagai negara melalui persamaan yang dimiliki. - UTUSAN ONLINE