Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Festival guru angkat martabat warga pendidik

ANTARA pelajar sekolah yang hadir meraikan Majlis Pelancaran Hari
ANTARA pelajar sekolah yang hadir meraikan Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2017 di Educity Sport Complex, Iskandar Puteri, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 16 Mei – Festival Hari Guru Kebangsaan 2017 selama lima hari di Padang A, Angsana Mall Johor Bahru di sini bertujuan menghargai pengorbanan guru yang begitu besar sumba­ngannya dalam bidang pendidikan.

Jasa warga pendidik sememangnya wajar diraikan dan festival tersebut yang bermula Jumaat lalu dengan pengisian lebih 30 program dilihat mengangkat martabat mereka.

Seorang pengunjung, Muhammad Hamizan Abdul Rahman, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Daya 2 di sini menyifatkan festival itu besar maknanya kepada para guru.

“Ini adalah satu penghargaan kepada mereka. Guru adalah penentu masa depan seseorang, hasil didikan dan bimbingan guru, seseorang itu boleh berjaya.

“Kejayaan itu bukan sahaja dalam pendidikan tetapi juga dalam kehidupan harian sebagai insan yang berguna,” katanya ditemui dalam karnival itu, hari ini.

Festival tersebut dianjurkan Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kumpulan Utusan dan perasmiannya disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Kompleks Sukan Educity di Iskandar Puteri, dekat sini hari ini.

Pelbagai agensi kerajaan dan swasta menyertai festival itu dengan beberapa program antaranya pertandingan memasak, program khatam al-Quran perdana, pertandingan koir, klinik tulisan Jawi serta pembukaan 130 gerai pameran dan jualan.

T. Gasydhanaa, 12, murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Medini pula berkata, selain sambutan hari guru pada setiap 16 Mei, festival itu adalah satu pengiktirafan kepada warga pendidik.

Jelasnya, mereka yang sudah berjaya pada hari ini sama ada sebagai peguam, doktor, jurutera, polis, bomba dan apa sahaja profesion merupakan 'produk' daripada seorang guru.

Bagi Yong Min, 17, dari SMK Taman Daya 2, berkata, kesabaran dan ketekunan seorang guru dalam mendidik anak bangsa tidak ternilai dan tidak dapat dibayar dengan wang.

Katanya, tanggungjawab dan beban kerja yang semakin bertambah menyebabkan guru memainkan bermacam jenis peranan dan sewajarnya disanjung serta dihormati hingga ke akhir hayat.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain