Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abdul Samad berkata, projek membabitkan kos bernilai RM164.3 juta itu setakat ini siap satu peratus awal daripada yang dijadualkan.

“Mengikut jadual, fasa 2A projek menaik taraf infrastruktur dan penambahan laluan Lebuh Raya Pasir Gudang yang bermula Mac 2016 akan siap pada 9 September tahun ini.

“Kita yakin fasa 2A ini mampu disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan, malah kalau boleh lebih awal daripada yang dijadualkan,” katanya ketika membuat tinjauan fasa 2A projek berkenaan dan jalan-jalan yang rosak di sekitar Pasir Gudang di sini sebentar tadi.

Secara keseluruhan projek ini membabitkan empat fasa yang dilakukan secara berperingkat dimana fasa pertama projek bermula susur keluar Kangkar Tebrau ke Plentong sudah siap sepenuhnya pada Mei 2016. - UTUSAN ONLINE