Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Usahawan) FAMA, Datuk Dr. Mat Sani Hassan berkata, jumlah per­olehan itu dapat dicapai kerana pasar tani mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Terdapat 735 pasar tani di seluruh negara dan daripada jumlah itu, terdapat 65 pasar tani di Johor membabitkan kira-kira RM65 juta perolehan urus niaga dalam setahun.

“Selain berusaha menarik kedatangan para pengunjung ke pasar tani, kewujudan pasar tani dapat meningkatkan pendapatan usahawan tani kita,” katanya selepas melancarkan Kempen Pasar Tani Bersih Peringkat nege­ri di Pasar Tani Perling Mall, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah FAMA negeri, Alwi Anang dan Pengerusi Pasar Tani negeri, [email protected] Johari.

Mengenai persediaan agensi itu menghadapi musim tengkujuh bagi memastikan bekalan mencukupi di kawasan yang terjejas, Mat Sani berkata, perkara tersebut tidak menjadi masalah kerana terdapat 40 pusat operasi di seluruh negara yang membantu mengedarkan produk ke seluruh negara.

“Kalau katakan negeri-negeri tertentu mengalami bencana, negeri yang lain akan membantu. Kita ada 40 pusat operasi untuk mengumpulkan produk-produk tani.

“Kalau Johor mengalami masalah, kita boleh ambil bekalan dari Melaka atau Negeri Sembilan,” katanya.