Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Faktor jarak bukan alasan tidak mahu ke sekolah

MOHD. Azahar Ibrahim (berdiri depan, empat dari kanan) bersama
MOHD. Azahar Ibrahim (berdiri depan, empat dari kanan) bersama ibu bapa dan calon UPSR selepas merasmikan Program Pecutan Akhir UPSR di SK Segamat Kecil, Labis, kelmarin. UTUSAN/Mohamed Saari

LABIS 13 Sept. – Masalah perhubungan dan jarak tidak boleh lagi dijadikan alasan anak-anak Orang Asli di Kampung Segamat Kecil, dekat sini untuk tidak mahu ke sekolah menengah.

Ahli Dewan Undangan Nege­ri (ADUN) Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim berkata, masalah itu berlaku sebelum ini kerana faktor jarak sekolah mene­ngah yang paling hampir de­ngan kampung tersebut terletak kira-kira 15 kilometer di pekan Tenang Stesen.

“Dahulu mungkin akses dari kampung ini ke sekolah tersebut agak sukar kerana keadaan jalan merah yang rosak namun selepas pembinaan Jalan Felda Redong-Felda Selancar yang melalui hadapan kampung ini, perjalanan menjadi lebih mudah.

“Masalah jarak tidak boleh digunakan sebagai alasan kerana pelbagai kemudahan disediakan kerajaan kepada pelajar Orang Asli agar mereka tidak menjadikan kekurangan keperluan asas sebagai alasan untuk meraih kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Pecutan Akhir Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan (SK) Segamat Kecil semalam.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Johor, Wan Assim Wan Shekh; Pegawai Jakoa Segamat, Mohd. Yazid Beram dan Guru Besar SK itu, Mohd. Ariffin Mohd. Tab.

Menurutnya, bagi mencapai keputusan akademik setan­ding anggota masyarakat lain, kesedaran ibu bapa dan pelajar Orang Asli tentang kepentingan pendidikan perlu dipertingkatkan bagi mengatasi masalah keciciran dalam kalangan pelajar kaum tersebut.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain