Antara projek yang dijalankan ialah tanaman cili fertigasi, cendawan tiram kelabu, madu lebah kelulut dan pembuatan ais krim.

Projek berkenaan dikendalikan Yayasan Pembangunan Keluar­ga Darul Takzim dan dipantau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, seramai 193 peserta melibatkan 10 daerah dalam negeri ini terlibat dalam projek berkenaan.

“Mereka menjalankan projek itu di 31 lokasi dalam bidang ke­usa­hawanan secara berkumpulan bagi membolehkan setiap peserta memperolehi pendapatan sam­pingan.

“Kita yakin projek tersebut juga menepati ciri-ciri Muafakat Johor yang diperkenalkan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas berkata demikian kepada pemberita selepas melawat ERA Johor di Taman Johor Jaya, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Ja­watankuasa Pembangunan Wa­nita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Asiah Mohd. Ariff dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abd. Samad.

Mohamed Khaled berkata, program tersebut dapat dijayakan secara berkelompok dan setiap mereka mesti mengamalkan sikap keusahwanan yang gigih.

“Kita nak rakyat negeri ini tak terlalu bergantung dengan kerajaan, perlu kreatif dan iniovatif bagi menghasilkan sumber pendapatan tambahan.

“Saya yakin menerusi projek berkelompok ini, setiap yang diusahakan mampu memberikan pulangan yang lumayan berikutan segala kos ditanggung secara bersama-sama,” katanya.