Baru-baru ini, Econsave menyumbang 50 rim kertas A4 sempena mesyuarat agung Per­satuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Pulai Perdana, di sini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengurus Opera­sinya, Mas Imran Adam kepada Pengetua sekolah berkenaan, Mohd. Azam Anuar.

Yang turut hadir, Yang Dipertua PIBG sekolah tersebut, Sa­ruan Sohadi.

Mas Imran memberitahu, pa­da tahun ini pihaknya akan menyumbang sebanyak 1,700 rim kertas A4 kepada sekolah-sekolah yang berhampiran pasar raya Econsave di negeri ini.

“Usaha ini bagi membantu pihak sekolah dan PIBG mendapatkan dana daripada ibu bapa yang membeli kertas tersebut untuk disumbangkan semula kepada pihak sekolah atau PIBG,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, program tersebut mendapat maklum balas yang positif daripada pihak sekolah dan PIBG.

“Justeru, kita akan memperluaskan program ini supaya lebih banyak pihak mendapat manfaat dan ini adalah sebahagian daripada sumbangan semula Econsave kepada masyarakat yang banyak menyokong kita selama ini,” katanya.