DATUK IR HASNI MOHAMMAD
DATUK IR HASNI MOHAMMAD

Ketua Pembangkang Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, perkara itu boleh dilakukan kerana dalam perjanjian, semakan semula kadar harga tersebut dibenarkan.

Malah, katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, pihak Peguam Negara (AG) turut mengesahkan bahawa Malaysia mempunyai hak untuk kemukakan kadar baharu.

Menurutnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri semasa rundingan mengenai harga air sebelum ini dibincangkan telah menyebabkannya dibatalkan apabila Singapura mengenakan pelbagai syarat membabitkan kuota eksport pasir, tanah KTM di Tanjung Pagar dan penggunaan ruang udara.

“Sekarang ini perkara yang pernah menjadi syarat itu tidak lagi sepatutnya timbul kerana ia sama ada sudah tidak lagi menjadi jadi isu atau pun telah diselesaikan.

“Justeru, saya percaya Tun Dr. Mahathir mempunyai ‘political will’ untuk melaksanakan tuntutan itu walaupun Singapura akan mengaitkannya dengan isu Pulau Batu Puteh dan berkemungkinan menaikkan juga harga air terawat yang mereka bekalkan kepada Johor,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian pada 5 Julai lalu mengumumkan, kerajaan negeri akan menaikkan harga jualan air mentahnya kepada Singapura pada nilai berpatutan dan sesuai dengan keadaan semasa.

Katanya, harga baharu itu berkemungkinan sama dengan kadar jualan air mentah yang ditetapkan untuk kerajaan Melaka iaitu RM0.50 sen bagi setiap 1,000 gelen atau kurang daripada nilai itu, namun tidak kekal seperi harga sekarang. - UTUSAN ONLINE