Khusus untuk tempoh Ra­madan, Buka Puasa Bufet yang disajikan mereka termasuk juadah Daging Gulai Kawah yang dimasak dengan cara tradisi masyarakat Melayu Kelantan.

Menurut chef, Zaidi Chuly, 39, juadah itu unik kerana bukan sahaja dimasak mengikut resipi tradisional masyarakat Kelantan, tetapi bahan-bahan yang digunakan diimport dari negeri pantai timur tersebut.

“Juadah ini kami sediakan khas sepanjang Ramadan bagi pengunjung menikmatinya ketika berbuka puasa.

“Masakan ini mengambil masa kira-kira dua jam untuk disiapkan,” katanya yang biasa menyediakan juadah tersebut untuk hidangan 150 orang.

Menariknya, harga bufet Ramadan di restoran Selasih Sri Gelam amat berpatutan iaitu RM59 bagi dewasa manakala RM29.50 bagi kanak-kanak.

Katanya, menu da­ging gulai kawah tersebut boleh dimakan dengan tiga jenis nasi berbeza iaitu nasi putih, nasi minyak dan nasi daging be­rempah yang disediakan khusus.

Selain itu, restoran ber­kenaan turut menyediakan pelbagai menu lain termasuk hida­ngan tradisional seperti bubur lambuk, pengat pisang sago muda dan masakan barat se­perti pasta.

Bagi orang ramai yang ingin berbuka puasa di restoran ini, ruang meletak kenderaan adalah mencukupi dan percuma di samping surau yang bersih serta luas disediakan.

Restoran tersebut turut menjadi kelebihan buat pengunjung adalah kawasan letak kende­raan yang percuma dan tidak bersesak selain surau untuk menunaikan solat turut disediakan surau.