AYUB RAHMAT
AYUB RAHMAT

Pengerusi Persatuan Mence­gah Dadah Malaysia (Pemadam) negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, penagih yang mengambil dadah sintetik seperti ekstasi dan syabu mempunyai risiko tinggi untuk mengalami masalah gangguan mental.

“Gangguan mental ini pula bergantung kepada individu selain kekerapan pengambilannya sama ada untuk tempoh sementara waktu atau kekal sepanjang hayat.

“Penggunaan dadah sintetik teruta­manya syabu ber­upa­ya menyebabkan pe­­na­gih mengalami masalah paranoid se­hingga terdorong bertindak agresif termasuk melakukan jenayah samun, rogol dan bunuh,” katanya selepas merasmikan Program Peningkatan Kualiti Kehidupan Orang Kena Pengawasan (OKP) 'Masih Ada Yang Sayang' di Dewan Kampung Abdullah, di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan ne­geri berkata, kesan pengambilan dadah sintetik juga mendorong penagih mendatangkan bahaya ke­pada orang lain ke­rana ketika itu mereka dalam keadaan separuh sedar.

“Pelbagai campu­ran dimasukkan oleh penagih juga pengedar untuk dadah sintetik tersebut dan pengambilannya secara berterusan memberi kesan terhadap sistem saraf badan serta otak yang akhirnya boleh menyebabkan gangguan mental,” ujarnya.