Pegawai Bomba Kanan 1 Malley Salim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 2.05 petang sebelum sebuah jentera bersama-sama lapan anggota bergegas ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba, kami dapati lembu betina itu telah terjatuh ke dalam perigi sedalam lebih dua meter.

"Lembu itu kemudian berjaya dikeluarkan dari perigi menggunakan tali kira-kira 10 hingga 15 minit kemudian," katanya dihubungi di sini sebentar tadi.

Malley berkata, lembu tersebut tidak terlibat dalam ibadah korban pada tahun ini. - UTUSAN ONLINE