Tunku Ismail menyampaikan sumbangan tersebut semasa baginda menerima mengadap Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, Datuk Yahya Madis di sini semalam.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook HRH Crown Prince of Johor, pelbagai isu semasa turut dibincangkan pada pertemuan itu.

“Pelbagai isu semasa telah diperbincangkan khususnya misi menyelamat, kebajikan anggota-anggota bomba serta bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa bencana baru-baru ini.

“Baginda turut memberikan sumbangan kepada waris enam anggota bomba yang terkorban pada 3 Oktober 2018 semasa menjalankan tugas mencari dan menyelamatkan mangsa yang terjatuh dalam sebuah lombong di Taman Putra Perdana Puchong, Sela­ngor,” demikian menurut ke­nyataan itu.