Peserta yang terdiri daripada 50 kakitangan dan 35 penuntut Program Asasi UTMSpace dapat merasakan semangat positif perpaduan selain menyemai sema_ngat kerjasama antara mereka.

Pertandingan boling antara pelajar dan kakitangan UTMSpace itu diadakan bersempena Bulan Kemerdekaan bertujuan mengeratkan silaturahim termasuk menyemai semangat patriotik.

Penglibatan pelbagai kaum juga menampakkan keharmonian dan program tersebut disenaraikan sebagai aktiviti tambahan penuntut mengikut keperluan kriteria dalam proses akredetasi.

Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Kakitangan UTMSpace dan Pelajar sementara penyampaian hadiah disampaikan Dekan UTMSpace, Prof. Dr. Othman Che Puan.

Kategori kakitangan dime­nangi Azinor Afandi Abdul Aziz, Nazri Ahmad, Khairiel Idzham Nordin, Ahmad Tarmizi Jaafar dan Abdullah Shaakir Abdul Halim.

Kategori Pelajar dimenangi Mohd. Nor Iman Mohd. Habibul Rahman, Muhammad Alif Muhammad Aznor, Muhammad Amir Mohamad Noh, Muhammad Haziq Jazli Muhammad Nadzri dan Muhammad Alif Aiman Hapizu.