Naib Presiden Kanan Divisyen Tanggungjawab Korporat JCorp, Jamaludin Md. Ali berkata, semua mereka itu dilahirkan menerusi Akademi Mutawwif  Sdn. Bhd., syarikat penyedia latihan dan penyampai pengiktirafan melalui Program Pensijilan Mutawwif.

“Akademi ini telah berjaya memberi pentauliahan kepada 600 mutawwif profesional sejak 2006 yang telah berkhidmat dengan pelbagai agensi pengendali haji dan umrah di seluruh negara,” katanya.

Kelmarin, JCorp menganjurkan Majlis Pensijilan Mutawwif 2019 yang melibatkan 54 mutawwif dan mutawwifah baharu yang disempurnakan oleh Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Jamaludin berkata, pentauliahan mutawwif itu juga menunjukkan komitmen jitu JCorp sebagai agen pelaksana program pembangunan mutawwif dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Johor. - UTUSAN ONLINE