Apatah lagi bagi golongan yang ingin ‘melarikan’ diri seketika daripada kesibukan kerja serta menghabiskan cuti hujung minggu bersama-sama keluarga tercinta.

Terletak di bahagian timur negeri ini, BBBR yang sebelum ini dikenali sebagai D’Balau Nelayan Chalet amat terkenal sebagai perkampungan nelayan yang mempunyai keindahan pantainya mampu memukau sesiapa sahaja.

Keunikan resort tersebut adalah keindahan pantainya yang menghadap Laut China Selatan yang menjadikan pusat peranginan berkenaan sentiasa menjadi pilihan pengunjung tempatan dan asing untuk beriadah bersama-sama keluarga, terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.

Bagi memenuhi keperluan pe­langgannya, BBBR menyediakan pelbagai kemudahan penginapan yang selesa, iaitu 17 unit chalet, enam dormitri, dua bilik untuk keluarga dan lapan bilik superior.

Lebih menarik, setiap bilik direka dan dihiasi bercirikan perkampung nelayan yang memberi keunikan tersendiri.

Selain itu, bagi memenuhi keperluan pelbagai pihak khususnya agensi atau syarikat yang ingin mengadakan kursus atau mesyuarat, BBBR turutt dilengkapi dengan fasiliti seperti dewan, bilik mesyuarat, taman permainan, kawasan beriadah dan kafe terbuka.

Untuk memberi perkhidmatan terbaik, pihak resort turut menawarkan beberapa pakej menarik seperti penganjuran hari keluarga, seminar, pakej pelajar dan mesyuarat pada harga yang amat berpatutan.

Di samping itu, para tetamu dan pelanggan juga dapat merasai keenakan makanan eksotik dan selera kampung mengikut tempahan.

Bagi pelanggan yang ingin ‘merayau’ melihat kawasan per­sekitaran atau ingin membeli barangan, usah risau kerana BBBR terletak tidak jauh dari Bandar Penawar, iaitu kira-kira 10 minit memandu.

Jadi, jika inginkan pengalaman percutian yang menarik dan memberi ketenangan, BBBR mungkin lokasi yang harus dikunjungi.